Search This Blog

Saturday, May 18, 2019

Penjara

Aku ingin bercerita banyak kepadamu, semesta.

Tentang kasih sayang Allah Subhanahu Wata'ala terhadap diriku, seorang hamba si pendosa tanpa noktah ini.

Tentang bagaimana aku perjalanan hidupku berlalu merentasi masa.

Tentang bagaimana sang awan menangisi rintihanku melalui curahan air hujan.

Tentang bagaimana aku rasa sejak aku lahir saat 05:35 pagi pada 01 Januari 2004 sehingga kini.

Tentang bagaimana kisah ini akan diberhentikan, ku masih buntu. Ku tidak ketemu sama jalan itu. Ku dijerut resah gelisah. Sedang menanti bagaimana cerita aku bakal diakhirkan. Samada bersama iman atau tidak.

iman? iya, iman. Iman yang mampu menyelamatkan diriku daripada pancaroba dunia.

iya, sungguh aku akui. Hidup ini begitu banyak krisis yang telah disusun secara kronologi.

Mungkin, dari sudut perspektif sang manusia. Aku lah manusia yang paling sedih dan pilu dia pernah bertemu.

Namun, dia lupa. Dia hanya bisa menilai melalui pandangan zahir.

Batinnya, hanya Sang Ilahi tahu bagaimana.

Betapa utuhnya aku pertahankan diri ini untuk terus menjalani kehidupan ini seperti biasa.

Kini aku tahu, secara globalnya.
In this world, kita tak boleh tipu cakap "kita don't have any problem" .
Tapi in this case, aku boleh tipu kau cakap "aku happy, jangan risau. worrying just solves nothing. Aku takde masalah"

Setelah berapa lama, aku mendiagnosis rasa ini. Entah perasaan apa yang datang menerjah diri ini bermula dari saat mana.
Kini aku tahu, inilah perasaan sedih yang tidak ada penghujungnya.

Langsung tiada sad ending for those yang percayakan janji-janji indah Allah yang takkan mungkin dia mungkiri. Senang kata, janji Ilahi itu sudah pasti tidak akan dimungkiri dan ianya sangat pasti untuk dipercayai andainya kita ingin bergelar sang insani yang punya rasa rendah diri.

Kini, percayalah.
Kita harus lalui sesi ini.

Teruskan kehidupan dan rasakan kasih sayang Ilahi yang datang menyapa hidup kau kian hari.

Kerana...

Orang yang menangis tidak selamanya akan menangis, bila tepat pada waktunya. Semua perasaan sedih itu, akan diganti dengan sebuah rasa bahagia yang tiada siapa mampu cipta kecuali Dia. Ianya suatu anugerah teristimewa buat seorang hamba daripada Yang Maha Esa.

sabar ya, tiada kerehatan tanpa penat.
Inilah penjara dunia, untuk lepas daripada penjara ini kau perlu tempuhi pelbagai ujian dunia.

either kau bersabar atau kau mengeluh.
---aku tahu kau penat, tapi tired at dunya, rest at akhirah. Okey?

I'll always pray for you supaya kita boleh masuk ke dalam Jannah Firdausi dengan izin-Nya.

pertama setelah kedua.

kerana Allah telah susun perjalanan ni dengan susunan yang indah.

aku dapat jadikan si dia yang dulunya hanya watak tambahan dalam susunan plot cerita suka duka hidup aku  itu sebagai satu watak utama yang menyerikan lagi kehidupan.

kerana ini adalah suratan takdir untukku, untuk kamu, dan untuk kita.

kita terpaksa terima ia dengan penuh rela. terpaksa tapi rela. atau lebih tepat aku hanya mahukan "kerelaan" dan aku tidak menginginkan sebarang kewujudan "paksaan" dalam susunan perjalanan hidup aku yang nan indah ini.

kerana sudah ditakdirkan Ilahi, kau sentiasa aku perhati dalam diam. kerana sudah ditakdirkan Ilahi, kau yang hanya riuh di dalam sebuah titipan doa aku kian hari. Kian masa berganti masa.

Kerana kau, aku terasa bermakna dan Allah hadirkan manusia seperti kau untuk memberi semangat dan mengatur kata di kala aku kesedihan.

ini adalah susunan perjalanan yang tersangat indah sehinggakan aku boleh kata, aku boleh jadi betapa hina kalau aku masih jadi hamba yang tidak bersyukur dengan qada'dan qadr yang indah ini.

syukran, Ya Allah.
aku tahu, Engkau sentiasa bersamaku.
Without Allah, I'm truly nothing.

Thursday, May 16, 2019

Menanti

teruntuk kamu, yang sering memberi semangat kepada insan lain.

teruskan-- membuat seseorang itu tersenyum.
mungkin itu bisa jadi satu kepuasan buat kamu yang sering lelah dalam usaha .

yaa, kamu penat.
kamu tahu (?)
andainya kamu bisa membuatkan seorang insan itu bangkit kembali... barangkali nanti, kamu akan ketemu sama sebuah rasa yang bernama "bahagia"

meski kamu sendiri merasa perit. --Allah sayang kamu.
don't forget to give your beautiful smile ✨

this world crave for it. 🙃  mungkin dengan meniti jalan beronak liku ini penuh kata tabah dan cekal .

sekurangnya , aku masih bisa mengerti
pengharapan untuk terus menanti tiada jalan berduri di depan bukan lah layar khayalan
yang adanya dia ,
tetap aku harus teruskan .

tanpa berhenti melangkah saat tidak mahu tergores luka .

lihat pada depan sana ,
masih belum jua muncul penghujung jalan ini .

pesan pada hati .
kuat dalam menanti
tabah dalam menahan sakit .
cekal dalam bertahan saat mahu berdiri dengan utuh ( 🌸 )
Kekadang.

bahagia itu tidak perlu ditonjol kerana dalam diam mungkin ada yang tidak senang dengan senyuman yang terukir di wajahmu.
terkadang, menangis itu bisa membuatkan kita puas.
dan kamu harus ingat, menangis itu bukan tanda "lemah"

Meski berapa juta pun manusia yang mengatakan kamu ingin meraih publisiti murahan... teruskan saja tangisan itu, just cry if you need to.
yaa, maybe kita tak sedar bahwa ada yang bertepuk tangan kerana kejatuhan kita. kesedihan kita.
tapi dia lupa.
bahwa kita bahagia.
Lillahita'ala. ❤️

Thursday, April 11, 2019

LINDUNG

Bila kau adalah seseorang yang kerap tersenyum, orang tak akan kisah kalau kau okay ke tak. Mereka tak akan bertanya. Mereka rasa kau baik sahaja. Kerana senyuman kau buat mereka tertipu.

Walhal, senyuman itu adalah satu-satunya jalan untuk kau menutup segala kedukaan. Segala kesedihan. Dan kadang-kadang itu sahaja jalan untuk menunjukkan yang kau kuat, sedikit pun tidak terluka dan kecewa.

Bila kau adalah seseorang yang kerap tersenyum, orang akan anggap kau tiada perasaan sedih. Orang akan rasa kau mudah memaafkan. Dan kau mudah melupakan.

Walhal mereka sendiri tak tahu yang kau ingat kesemuanya. Yang mana senyuman kau ini adalah sekadar untuk menunjukkan kau juga sensitif, kau juga ada perasaan, dan kadang kala kau juga rapuh.

Bila kau adalah seseorang yang kerap tersenyum, orang tak tahu yang di sebalik senyuman kau, tersimpan satu lautan air mata dan tersimpan seribu satu kisah duka. Kau seorang diri menghadapi tanpa henti.

Ya kawan.

Orang yang menyangka kau tersenyum ini tak akan mengikut kau pulang ke rumah, dan melihat kau sendirian menangis di dalam bilik, dan satu-satunya harapan yang kau ada waktu itu, adalah Tuhan.

@hatiyangkuat

Penjara

Aku ingin bercerita banyak kepadamu, semesta. Tentang kasih sayang Allah Subhanahu Wata'ala terhadap diriku, seorang hamba si pendosa t...