Search This Blog

Saturday, May 18, 2019

pertama setelah kedua.

kerana Allah telah susun perjalanan ni dengan susunan yang indah.

aku dapat jadikan si dia yang dulunya hanya watak tambahan dalam susunan plot cerita suka duka hidup aku  itu sebagai satu watak utama yang menyerikan lagi kehidupan.

kerana ini adalah suratan takdir untukku, untuk kamu, dan untuk kita.

kita terpaksa terima ia dengan penuh rela. terpaksa tapi rela. atau lebih tepat aku hanya mahukan "kerelaan" dan aku tidak menginginkan sebarang kewujudan "paksaan" dalam susunan perjalanan hidup aku yang nan indah ini.

kerana sudah ditakdirkan Ilahi, kau sentiasa aku perhati dalam diam. kerana sudah ditakdirkan Ilahi, kau yang hanya riuh di dalam sebuah titipan doa aku kian hari. Kian masa berganti masa.

Kerana kau, aku terasa bermakna dan Allah hadirkan manusia seperti kau untuk memberi semangat dan mengatur kata di kala aku kesedihan.

ini adalah susunan perjalanan yang tersangat indah sehinggakan aku boleh kata, aku boleh jadi betapa hina kalau aku masih jadi hamba yang tidak bersyukur dengan qada'dan qadr yang indah ini.

syukran, Ya Allah.
aku tahu, Engkau sentiasa bersamaku.
Without Allah, I'm truly nothing.

No comments:

Post a Comment

Penjara

Aku ingin bercerita banyak kepadamu, semesta. Tentang kasih sayang Allah Subhanahu Wata'ala terhadap diriku, seorang hamba si pendosa t...